Visi menjadikan Kedah sebagai pusat ilmu agama perlu dicapai dengan menjadikan pelajar agama sebagai cendekiawan di negeri utara ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, negeri itu sedia menjadi kilang mencetak ulama serta pusat ilmu untuk masyarakat.

“Dengan usaha para pelajar menuntut ilmu dan menjana kebijaksanaan, saya yakin pelajar-pelajar di sini akan dapat membantu membina masyarakat yang celik dan terbuka di masa akan datang.

“Saya bertuah dapat mengunjungi dua negara yang menjadi antara pembekal modal insan berguna, negara kilang menghasilkan para ulama dan cendiakawan bagi negara kita iaitu Mesir dan Jordan.

“Oleh itu, saya amat berharap pelajar yang berpeluang belajar di sini dapat mengambil manfaat sebaik mungkin untuk balik berkongsi ilmu dengan masyarakat setempat,” katanya dalam Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Kedah bersama Mahasiswa Kedah di Hotel Gerasa, Jordan, semalam.

Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke Jordan, Datuk Jilid Kuminding, Exco Pembangunan Insan, YB Dato’ Hajah Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali, Ketua Polis Negeri Kedah, Dato’ Kamarul Zaman Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Zakaria Othman dan Pengerusi Yayasan Islam, Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi.

Sanusi berkata, selain ilmu agama, pelajar seharusnya menjadi sebagai duta kecil negara kerana dengan membawa nama serta imej negeri dan negara bersama.

Tambah beliau, Kedah kini sedang mengembangkan ekonomi pada skala besar yang menumpukan teknologi terkini daripada pelabur-pelabur terbesar dunia.

“Sebolehnya saya mahukan mereka yang berada di bidang agama ini dapat membangunkan sama sosio ekonomi negeri.

“Industri-industri besar ini perlukan tenaga kerja, melalui ini pihak negeri, akan memastikan graduan-graduan Timur Tengah, Al-Azhar dan sebagai mendapat tempat pekerjaan di sektor begini.

“Kerja saya mencari pelabur, bawa masuk, buka pelaburan di Kedah, dapatkan peluang pekerjaan buat anak tempatan, dan kerja sebagai pelajar, belajar sehingga lulus cemerlang,”

Menurut konsep ini merupakan pembagunan modal insan membangunkan negara dan menyambung urusan dakwah dalam kalangan masyarakat mengikut kesesuaian suasana di Malaysia.

Tamat