Belum sejuk insiden tanah runtuh di Cameron Highlands beberapa hari lalu, kini berlaku sekali lagi sehingga menyebabkan dua buah kenderaan terperangkap akibat tanah runtuh di Jalan Sultan Abu Bakar dekat Brinchang, di sini pada semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana daerah itu, Md Hazli Hanifah Mohd Hanafi memberitahu, kejadian melibatkan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda Toyota Hilux dan Honda City.

Menurutnya, tiada mangsa terlibat dalam kejadian yang berlaku berhampiran sebuah bengkel.

“Seramai lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada jam 11.50 malam.

“Maklumat awal mendapati hujan lebat berterusan selama beberapa jam menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

“Anggota APM menjalankan tugas memotong pokok yang tumbang dan mengalihkan runtuhan bagi mengeluarkan kenderaan yang terperangkap,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Tamat