Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 bakal menyaksikan pertembungan seramai 349 calon bagi merebut 83 kerusi DUN yang dipertandingkan

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata seramai 349 calon mewakili pelbagai parti termasuk Bebas disahkan bertanding selepas tempoh penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi tadi.

Beliau berkata SPR mengesahkan sebanyak 349 kertas penamaan layak bertanding daripada pihak berikut iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebanyak 82 kerusi, Parti Bumi Kenyalang (PBK) di 73 kerusi, Parti Sarawak Bersatu (PSB) di 70 kerusi, PKR (28), DAP (26) dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) di 15 kerusi.

“Selain itu, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) bertanding di 11 kerusi, AMANAH (8), Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR) di lima kerusi, PAS (satu) dan Bebas di 30 kerusi,” katanya pada sidang media hari ini.

Tamat