Hanya berpakaian bikini, menari berselisih kulit, lelaki, wanita, muzik rancak dan minuman keras, dalam kolam mandi dan berparti ,tak ubah seperti filem barat, akhirnya diserbu pihak polis.

Kejadian maksiat berkenaan melibatkan seramai 189 lelaki dan 110 wanita ditahan selepas terbabit dalam aktiviti parti liar di kolam renang sebuah kelab persendirian terkemuka di Bukit Kiara, di sini, malam tadi.

Serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields diketuai Timbalan Ketua JSJ Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor.

“Kita jalankan risikan sebelum serbuan dilakukan dan difahamkan setiap individu dikenakan bayaran RM60 untuk menyertai parti yang dijemput menerusi aplikasi media sosial,” katanya pada sidang media pada Isnin

Dalam serbuan jam 10.50 malam itu, sebahagian wanita berbikini dikatakan sedang leka menari, mandi dalam kolam dan berhibur.

Sementara itu, ujian air kencing turut dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur terhadap semua yang ditahan.

Amihizam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hiburan, Seksyen 22 (b) Akta 342, Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 32 Akta Eksais 1976.

“Kes turut disiasat mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” katanya.

Tamat