ARIF PAIJO, KAMEK SENTIASA ADO

Alangkah ruginya warga Beting Maro kalau tidak mengenali sosok ini. Seorang pemuda profesional yang amat bertenaga dan benar-benar dekat di hati rakyat.

Graduan Universiti Teknologi Petronas ini rupa-rupanya adalah bekas Eksekutif Kanan sebuah Syarikat Multinasional. Terbukti, beliau mampu mentadbir dan diberi kepercayaan untuk memimpin sebuah organisasi antarabangsa.

Mohammad Arifiriazul Bin Paijo merupakan calon muda berumur 37 tahun dan mempunyai 4 orang anak hasil perkahwinan bersama isterinya. Sudah pasti, kerjaya sebagai seorang usahawan tidak menghalang beliau untuk terlibat dalam politik seterusnya menyambung pengajian sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan.

Kredibiliti seperti ini sudah cukup untuk menunjukkan bahawa calon muda juga mampu membawa perubahan yang lebih baik untuk rakyat Sarawak. Pengalaman mengurus tadbir organisasi akan dikembangkan dan dikongsi bersama untuk manfaat anak Sarawak.

Tidak berhenti setakat itu, menariknya, program ‘Calligraphy Carnival’ yang menggalakkan penulisan kaligrafi Cina, Tamil dan Jawi menjadi kejayaan paling besar buat beliau sebagai penasihat Pertubuhan Perpaduan Anak Muda Malaysia. Pengalaman sebagai aktivitis organisasi tersebut dengan misi menggalakkan integrasi kaum dalam suasana yang harmoni sudah pasti memberikan pengalaman yang luas dalam usaha merancakkan perpaduan sesama rakyat.

Ayuh Anak Beting Maro sekalian, Arif Paijo sentiasa ado. Bersama dengan kamek dan kamek dengan sepenuh hati akan berkhidmat untuk kitak.

#ArifPaijo

#NafasBaruBetingMaro

#PRNSarawak

#PASBetingMaro