Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudahpun bersedia dari segala segi dalam usaha membanteras sebarang aktiviti rasuah dan salah guna kuasa sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Oleh itu, SPRM mengambil langkah proaktif dengan membuka lima bilik gerakan di seluruh Sarawak bermula hari ini bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan, semua bilik gerakan itu beroperasi 24 jam sehari sepanjang tempoh kempn PRN Sarawak. Kenyataan itu turut menyertakan alamat dan talian yang boleh dihubungi orang ramai yang mahu menyalurkan maklumat.

Bilik gerakan berkenaan beroperasi di Kompleks Pejabat SPRM Sarawak, Lot 3894, Jalan Laksamana Cheng Ho, Peti Surat 6000, 93350 Kuching boleh dihubungi melalui talian 082-467703 sambungan 119 dan 116.

Selain itu, Pejabat SPRM Cawangan Sibu di Blok 3, Tingkat 7, Wisma Persekutuan, Jalan Persiaran Brooke, Peti Surat 6000, 96008 Sibu (084-311982/084-321982) serta SPRM Cawangan Miri di Tingkat 2, Blok A, Fasa 2, Bangunan Persekutuan, Jalan Cahaya Lopeng, Peti Surat 6000, 98008 Miri (085-415 404/085-439 710).

Dua lagi adalah di Pejabat SPRM Cawangan Bintulu di Tingkat 2, Wisma Persekutuan Fasa II, Jalan Tun Razak, Peti Surat 6000, 97008 Bintulu (086-316200/086-338294) dan Pejabat SPRM Cawangan Limbang di alamat No 125, Jalan Fisher, 98700 Limbang (085-214104/085-214110).

Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel kepada ke alamat prnsarawak@sprm.gov.my.

SPRM mengingatkan calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

Tamat