Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad menentang secara kerasnya berkenaan kes kes pelakon yang melakonkan watak gay baru-baru ini.

Beliau berkata, ini kerana ia bertentangan dengan norma dan budaya rakyat Malaysia yang hidup dengan berteraskan agama, kesopanan dan kesusilaan.

“Ia norma rakyat Malaysia yang tidak beretika. Semua agama tidak boleh menerima konsep berkenaan dengan gay ini,” katanya.

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia untuk merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Perkara itu kalau berlaku di mana-mana negeri, kita minta supaya pihak negeri itu yang panggil untuk tanya kepada dia, kerana Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) hanya penyelaras sahaja.

“Kita tidak ada bidang kuasa untuk menghukum kerana ia terletak kepada pihak berkuasa agama negeri.

“Kalau perkara itu (melibatkan) filem, insya-Allah kita panjangkan kepada pihak SKMM supaya menyiasat perkara itu, kerana ini bertentangan budaya norma rakyat Malaysia,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon lelaki muda berlakon dalam siri bertemakan gay yang ditayangkan semalam di aplikasi temu janji gay dan penstriman video

Tamat