Bimbang dengan penularan pendamik COVID-19 Tabung Haji kini membangunkan sistem Hajj e-learning bagi memudahkan bakal jemaah mempelajarinya seperti terkandung dalam Kerangka Kerja Haji 2021-2025 dengan peruntukan sebanyak RM 3 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata usaha ini dilihat sebagai altenatif terbaik bagi membimbing jemaah melalui secara talian .

“Jika dilihat pada musim haji tahun 2019 dan 2020, kerajaan Arab Saudi juga sudah memulakan proses urusan haji mereka secara dalam talian, daripada permohonan haji sehingga pemilihan dan saluran makluman terkini kepada bakal haji terpilih.

“Saya percaya sudah tiba masa bagi bakal haji Malaysia melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi dan terbuka dengan cara baharu menunaikan haji,” katanya ketika merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-38 bagi Musim Haji 1443H di sini, semalam

Idris pada masa sama turut melancarkan inisiatif digitalisasi terbaharu TH iaitu aplikasi e-TAIB (Talian Ibadah–Pusat Panggilan) bagi memudahkan urusan jemaah haji bersoal jawab mengenai hukum dan perjalanan ibadat haji semasa di Tanah Suci melalui perbualan secara langsung bersama guru agama.

Sementara itu, TH dalam kenyataan memaklumkan Muzakarah Haji bermula hari ini hingga 8 Dis memberi peluang kepada lebih 500 Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) dan ilmuan agama berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menetapkan keseragaman hukum, selain mencari penyelesaian terbaik berkaitan ibadat haji, umrah dan ziarah.

Bertemakan ‘Meningkatkan Kefahaman Ilmu Haji dalam Norma Baharu’, sebanyak lima kertas kerja dibentang dan dibincangkan oleh Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji yang mempunyai pengetahuan luas dalam melaksanakan ibadat haji.

Tamat