Sejak tanggal Disember, Ebit Lew sudah berada di Brazil dalam usaha ziarah dan misi menghantar bantuan.

Menjadi perhatian netizen apabila satu video menunjukkan Ebit Lew seakan mesra bersama individu bertatu seakan mafia turut bersama beliau.

Apa yang menjadi perhatian adalah hantaran terbaharu Ebit Lew yang dikatakan berjumpa dengan salah satu ketua kawasan di Brazil. Melalui gambar tersebut, Ebit Lew menyatakan bahawa dia dilayan dengan baik oleh ketua kawasan berkenaan.

“Ziarah ketua kawasan satu kawasan yang dikatakan bahaya di Sao Paolo Brazil.. Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang situ. Terasa macam dah lama kenal,” katanya di laman Instagram beliau.

“Baik sangat ketuanya walau orang kata macam mafia. Katanya 25 jam tuan fly untuk bantu kami. Ramai tengok janggut saya dan pakaian saya. Ada ajak ambil gambar kerana suka janggut. Terima kasih kerana datang beri bantuan pada kami. Semua datang dekat mesra dan tanya macam-macam soalan. Semoga hidup mereka dimudahkan dan sentiasa diberi kebaikan.”

Sebelum itu, Ebit Lew turut berkongsi video lawatan ke kawasan gelandangan di Brazil. Daripada video yang dikongsi, kelihatan ibu kota Brazil itu sudah menjadi sebahagian daripada perkampungan gelandangan dengan orang ramai membina rumah mereka dengan menggunakan plastik atau kotak.

Tamat