KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menangguhkan perbicaraan kes rasuah yang dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembekalan projek solar hibrid kepada 369 sekolah di luar bandar di Sarawak berikutan status MySejahtera menunjukkan beliau kontak rapat kes Covid-19.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan turut melapangkan perbicaraan yang dijualkan esok, selepas peguam Datuk Jagjit Singh memberitahu mahkamah bahawa status MySejahtera anak guamnya itu berwarna jingga.

“Anak guam saya hadir hari ini dan kami menyuruh beliau tunggu di dalam kereta sama ada Yang Ariff mahu meneruskan prosiding atau melapangkan perbicaraan. Status MySejahtera suami beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) adalah merah,” kata peguam itu.

Ketika ditanya Mohamed Zaini sama ada Datuk Seri Najib positif Covid-19, Jagjit menjawab: “Saya tidak pasti, tetapi saya dimaklumkan status (MySejahtera) beliau berwarna merah.”

Hakim Mohamed Zaini berkata, warna merah bermakna individu terlibat didapati positif Covid-19, namun peguam menjawab beliau tidak pasti.

Tamat

Sumber – BERNAMA