Setelah Dewan Negara bersidang semalam, tujuh usul baru Ordinan Darurat diluluskan sebulat suara.

Keputusan itu dicapai selepas ia dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin, dan dibahaskan oleh enam Ahli Dewan Negara.

Ia meliputi Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021; Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021; Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021; dan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021.

Selain itu, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Pindaan) 2021; Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021; dan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021.

Mas Ermieyati berkata, kriteria diguna untuk mengisytiharkan sesuatu darurat ialah apabila terdapat perkara yang boleh mengancam keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam, sebagaimana termaktub dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Proklamasi Darurat (susulan penularan COVID-19) merupakan langkah proaktif dan pilihan terbaik untuk memastikan keadaan tidak bertambah teruk.

“Selepas mendapatkan pandangan, ia wajar supaya rakyat tidak terjejas teruk apabila COVID-19 melanda dunia,” katanya ketika menggulung perbahasan itu.

Menurutnya beliau berkata, kerajaan akan memastikan pengungkaian ketujuh-tujuh ordinan itu tidak menjejaskan pengawalan ancaman pandemik COVID-19 demi kesejahteraan rakyat, keselamatan dan ketenteraman awam serta pemulihan ekonomi negara.

Selain itu, Mas Ermieyati turut membentangkan Rang Undang-Undang Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2021 bagi bacaan kali kedua.

Dewan Negara kemudian meluluskan rang undang-undang itu tanpa pindaan, dengan suara majoriti.

Tamat