Sarawak sudah bersuara, mereka pernah mendapat mimpi buruk bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini. Itu antara pengalaman mereka apabila Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara lalu.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, rakyat di Semenanjung sendiri menolak memilih PKR, justeru mustahil untuk rakyat Sarawak memberikan sokongan kepada mereka pada PRN Sarawak nanti.

“PKR sudah ditolak oleh rakyat semasa PRN Melaka, mereka sudah hilang integriti. Jadi untuk apa rakyat Sarawak beri sokongan kepada parti itu sedangkan ia tidak membawa sebarang perubahan kepada Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penangguhan Kursus Kemahiran Keusahawanan Digital di Dewan Masyarakat Sebuyau di sini pada Jumaat.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata, setiap parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sarawak.

Katanya, GPS mengetahui dan lebih memahami keperluan serta kehendak rakyat termasuk di luar bandar, pedalaman dan pinggir bandar.

“Kita akan terus memastikan Sarawak membangun, sekali gus meningkatkan kesejahteraan kepada rakyat,” ujarnya

Tamat