Sekian lama ulama bertapak di tanah Melayu ini membebaskan rakyat dari bentuk penjajahan negara juga melalui minda bersama institusi pondok agama.

PAS yang didokong oleh ulama kerana objektif perjuangannya sama, memberi didikan agama seiring dengan keperluan hidup sebagai manusia bertuhan kepada yang esa.

Lantas perkara ini cuba disalah ertikan apabila penjajah orentalis barat mula menanam sentimen kemodenan dengan menghapuskan adab dan memisahkan agama serta gaya hidup.

Institusi pondok inilah yang teguh berdiri mempertahankan agama dengan caranya tersendiri yang diambil dari sistem pembelajaran agama daripada Masjid Nabawi yang bersebelahan dengan rumah Rasulullah SWT.

“Ketua Dewan Ulama PAS, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, fokus penjajah pesongkan agama, oleh itu berbagai dan kaedah telah mereka gunakan namun tetap gagal.

“Penjajah ini melihat ulama-ulama ini antara benteng penentang penjajahan Barat sehingga lahirnya institusi Pondok ini.

“Alim ulama bergerak membawa perpaduan dan ilmu yg baik , terutama sistem pendidikan institusi pondok daripada Mesir, Yaman , serta Syria,” katanya ketika ucapan rasmi di Ijtimak tersebut diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun PAS ke-70 di Kompleks Tarbiah Darul Taqwa di Batu Enam hari ini.

Menurutnya istimewanya sistem pendidikan pondok ini tiada peperiksaan. Kerja buatnya hanyalah kerana Allah semata-sama.

Nik Muhamad berkata, ilmu yang dipelajari di pondok-pondok ini berkat, bukannya belajar kerana terpaksa tetapi dengan rela hati.

“Dahulu sistem di pondok ini belajar dari hati sampai mati, maksudnya belajar tanpa peperiksaan. Niat hanya kerana Allah Taala, bukannya ada peperiksaan. Sebab itu berkat ingat sampai mati.

“Seperti di universiti sekarang, ada peperiksaan, jadi wujud paksaan dalam diri, tak lulus peperiksaan takkan ke tahun seterusnya, niat itu kadang-kala timbulkan khilaf, ” katanya.

Nik Zawawi berkata, jasa sistem pendidikan pondok inilah banyak melahirkan ilmuan Islam, pemerintahan Islam serta pasukan perang Islam.

“Peranan institusi pondok dan ulama sangat penting pada kepada negara, Allah berikan kuasa kepada perintahan Islam, terutamanya ulama, jadi waktu perang panggil ulama.

“Oleh itu, ulama juga perlu ada pemerintahan negara, menegur apa yang salah, perlu bersuara mengenai hukum hakam negara yang membabitkan syariat Islam.

Sebab itu, Dewan Ulama perlu ada, ambil tanggungjawab untuk meletakkan alim dan ulama di saf depan pemerintahan, dia berkerja, dia faham Islam, ajar Islam Dan dia tahu perkara berkenaan akan disoal Allah kelak,” katanya.

Peranan ini sgt mencabar dan besar, mesti gabungkan diri dengan jemaah Islam, bersama pemimpin dalam kumpulan berkenaan.

Tamat