Sebanyak 67 peratus telah keluar mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak setakat pukul 12 tengah hari, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kadar peratusan itu meningkat berbanding 53 peratus pada 11 pagi, 35 peratus pada 10 pagi dan 17 peratus pada 9 pagi tadi.

85 pusat pengundian awal dengan 111 saluran telah dibuka sejak 7.30 pagi tadi dan akan ditutup pada 5 petang.

Seramai 23,043 pengundi dijangka memilih calon pilihan mereka pada hari mengundi awal ini.

Jumlah itu terdiri daripada 12,585 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala 10,458 pengundi lagi meliputi anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan yang melibatkan 69 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.-UTUSAN ONLINE