KUALA LUMPUR – Hujan lebat berterusan diramal berlaku di Kelantan dan Pahang sehingga Ahad menyebabkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk atau jingga di dua negeri itu.

Menurut kenyataan jabatan itu pada Sabtu, kawasan terlibat di Kelantan ialah Gua Musang manakala Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan di Pahang.

Dalam kenyataan sama, amaran hujan lebat berterusan tahap kuning dikeluarkan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka.

Hujan berterusan di Kedah itu melibatkan kawasan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, dan Bandar Baharu manakala di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Putih dan Kuala Krai.

Di Pahang kawasan terlibat adalah Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin manakala di Melaka melibatkan Alor Gajah.

Tamat