Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 32 peratus pemilih keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak setakat pukul 11 pagi.

Pengundi mempunyai tempoh masa mengundi kira-kira 10 jam yang akan berakhir hingga pukul 5 petang ini.

Sebanyak 1,866 pusat mengundi dan 3,555 saluran dibuka di 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan dibantu 46,565 petugas SPR.

Seramai 349 calon daripada 10 parti politik termasuk 30 calon bebas bertanding membentuk kerajaan negeri baharu untuk penggal kali ini. -UTUSAN ONLINE