Satu kenyataan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rasa sedih penduduk Flat Sri Johor yang terbakar ini.

DBKL akan menyediakan kediaman baharu kepada mangsa kebakaran di Flat Sri johor, Cheras.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turun melawat mangsa kebakaran.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam kejadian pada malam ini, beberapa unit kediaman di Blok 31, Flat Sri Johor musnah dalam kebakaran.

Tamat