Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada membabitkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama di Perak, yang berkuatkuasa sehingga hari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah menerusi kenyataan di Facebook berkata ia susulan lekukan Tropika yang dicerap di perairan Sumatera sedang bergerak ke timur menghampiri utara Semenanjung.

“Keadaan ini boleh menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang di negeri utara Semenanjung yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah,” katanya

Tamat