Susulan insiden pecah kedai serbaneka, Polis Selangor menahan seramai 31 warga asing di kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan berkata mereka terdiri daripada 10 rakyat Indonesia, tujuh Bangladesh, sembilan Nepal dan lima Myanmar dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“IPD Shah Alam juga meletakkan elemen pencegahan jenayah di semua kawasan yang terjejas banjir dan polis menyeru serta menasihati orang ramai di kawasan yang terjejas banjir agar tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Sementara itu, dua Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) disediakan iaitu PKTK 1 di Taman Sri Muda, Seksyen 25 dan PKTK 2, Taman Kemuning Utama, Seksyen 33 di Shah Alam.

Media sebelum ini melaporkan mangsa banjir di kawasan tersebut telah memecah masuk ke pasar raya berhampiran kerana ramai antara mereka terputus bekalan makanan dan menahan kelaparan.

Namun selepas diperhatikan mereka yang mencuri mengambil barangan bukan keperluan dalam kuantiti banyak.

Tamat