Sebanyak 15 jalan ditutup di seluruh Selangor ekoran kenaikan air sehingga pukul 10 pagi ini kerana tidak selamat untuk dilalui oleh mana-mana kenderaan.

Selain daerah ini, penutupan itu melibatkan kawasan Subang Jaya, Kuala Langat, Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Petaling Jaya, Hulu Selangor, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Jumlah penutupan jalan ini meningkat berbanding 10 jalan semalam. Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor memaklumkan perkembangan penutupan akibat banjir itu dibuat menerusi pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Senarai nama jalan yang disenaraikan adalah seperti berikut :

IPD Subang Jaya

  1. Lorong Ikan Sepat Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights.
  2. Lorong Ikan Keli Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights.
  3. Lorong Ikan Haruan Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights.
  4. Jalan Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights.
  5. Lorong 4, Kampung Sri Aman, Puchong.

IPD Kuala Langat 

  1. Jalan Olak Lempit ke KLIA.

IPD Sepang 

  1. Jalan Bandar Baru Salak Tinggi ke Kota Warisan.

IPD KLIA 

  1. Jalan bulatan Masjid KLIA menghala Charterfield KLIA.

IPD Hulu Selangor

  1. Jalan Kuala Kubu Bharu – Bukit Fraser menghala ke Peretak dibuka untuk kenderaan ringan sahaja.

IPD Shah Alam

  1. Jalan Jitu, Seksyen 25, Shah Alam.

IPD Petaling Jaya

  1. Jambatan Jalan Menghala ke Lapang Sasar, Subang.
  2. Jalan PJU 7, hadapan MRT Mutiara Damansara.

IPD Sabak Bernam

  1. Jalan Sungai Panjang – Tanjung Malim.

IPD Kuala Selangor

  1. Jalan Kuala Selangor – Meru

2 Jalan Kuala Selangor – Bestari Jaya.