Habis akal berfikir bagi menyelamatkan nyawa mereka seramai 50 orang sehingga terlintas menulis isyarat SOS di tingkap setelah terperangkap lebih 72 jam di sebuah dewan di Taman Sri Muda.

Menurut salah seorang daripada mereka berkata, mereka menghadiri majlis perkahwinan namun terperangkap di situ selepas selepas paras air mendadak dan mengakibatkan banjir.

Lebih mencemaskan apabila bekalan makanan dan minuman kehabisan pada malam kedua, mereka yang terdiri daripada dua bayi, 10 warga emas dan selebihnya orang dewasa, terperangkap.
“Hari kedua, makanan sudah habis, kita pun tulis S.O.S besar-besar dan letak dekat tingkap.

“Tapi bantuan tidak sampai, jadi saya dan yang lain pakai pita pelekat tulis ‘FOOD’ di atas bumbung bangunan, harapnya ada helikopter nampak,” katanya kepada Bernama ketika ditemui semasa melihat keadaan keretanya yang rosak di sini.

Menurut Richmond, apabila bantuan yang diharapkan tidak kunjung tiba, dia dan tujuh ahli keluarganya mengambil inisiatif untuk keluar, bertaruh nyawa untuk mencari bekalan makanan agar ahli keluarga lain tidak kelaparan.

“Kami lapan orang berenang guna pelampung…restoran sebelah bagi (makanan) tapi tidak cukup sebab mereka pun ada ramai pekerja,” katanya.
Selepas tiga hari dua malam, keluarga itu akhirnya diselamatkan oleh pasukan penyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat dan mereka dibawa keluar menggunakan bot.


“Semua dah keluar, ada dekat rumah adik beradik dekat-dekat sini…tetamu semua dah okey tapi kami tak tahu nak ucap tahniah macam mana dekat pengantin, semua rasa bersalah,” katanya dalam nada berseloroh.

Tamat