Shah Alam – Mendengar rayuan mangsa banjir amat menyedihkan apabila mereka amat memerlukan bantuan orang ramai untuk meneruskan kehidupan.

Mereka kini ketandusan idea, seakan tiada lagi ilham untuk menjalani rutin harian apabila gelombang banjir kedua sekali lagi memasuki rumah.

Tiada barang makanan, tiada selimut yang cukup, keperluan wanita seperti tuala wanita, pakaian dalam, lampin bayi dan sebagainya.

Bekalan makanan terputus pada awalnya, akibat terputus bekalan elektrik, telekomunikasi, serta air, menyebabkan rayuan demi – demi rayuan dibuat, akhirnya mangsa berpuluh yang mati.

Alhamdulillah kelibat NGO, Bomba dan Tentera serta Polis datang lebih awal membantu dengan memperjudikan nyawa sendiri walaupun tanpa NADMA di hadapan.

Kini antara keperluan yang menjadi keutamaan ialah makanan sedia dimakan, seperti biskut serta makanan kering, boleh bertahan lama.

Ini kerana keadaan ini tidak membolehkan mereka memasak sendiri, tiada bekalan gas, dapur rosak serta barangan lain turut hancur dimamah selut banjir.

Keperluan utama kini, air minuman, kaunseling, susu formula bayi. Bukannya beras, gula, dan kopi.

Apa lagi daya yang mereka ada, Hanyalah kembali Kepada Allah, setelah semuanya ranap dan perlukan sokongan masyarakat di sisi.

Tamat