Akibat terputus hubungan setelah berlaku banjir, Angkatan Tentera Malaysia, (ATM)  terus mengatur gerak bagi membina sebuah jambatan medan dalam usaha menyalurkan bantuan kepada penduduk di Kampung Bemban, Simpang Durian, Jelebu pada hari ini.

Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), Mejar Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi  bin Tengku Ibrahim telah turun padang bagi meninjau kerja-kerja pembinaan jambatan sementara.

“Penduduk terputus hubungan dan turut menyukarkan misi bantuan disalurkan kepada 28 buah rumah yang terjejas banjir.

“Kerja-kerja pembinaan jambatan akan mula dilaksanakan setelah proses menambak tebing sungai selesai dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan.

“Tentera Darat Malaysia melalui Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja 3 Divisyen, (MK RAJD 3 Div) akan di aturgerak untuk membina jambatan tersebut menggunakan jambatan ‘Compact Bailey Single Lane’ (CB200),” katanya semalam.

Turut hadir dalam tinjauan tersebut adalah Panglima Briged Pertama Infantri Malaysia (1 Bgd), Brigedier Jeneral Mohd Saifulisham binBaharuddin dan Komander Rejimen Jurutera (KRJ 3 Div), Kolonel Hanapiah bin Harun.

Menurutnya bantuan  yang diberikan ini adalah selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu “Peningkatan Hubungan Tenteradan Awam”yang memberi penumpuan bagi keyakinan rakyat kepada Tentera untuk memanfaatkan kerjasama dengan pihak kerajaan dan awam bagi aspek ‘Military Operations Other Then War’ (MOOTW).

Tamat