Petani dan penternak di Jelebu, Negeri Sembilan meluahkan rasa lega selepas Timbalan Menteri Pertanian, Dr Nik Zawawi Salleh membantu mereka dalam usaha membangunkan semula industri pertanian selepas dilanda banjir.

Menurut Nik Zawawi berkata, pihaknya di Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan, MAFI akan mengembleng seluruh tenaga melalui agensinya dalam mengembalikan kawasan pertanian Yang musnah akibat banjir.

“Bantuan daripada kerajaan akan sampai, bagi menjana semula pertanian serta memberi semula insentif kepada petani yang dilanda bencana alam.

“Saya akan pastikan petani dapat meneruskan semula apa yang diusahakan mereka sebagai sumber mata pencarian rezeki keluarga.

“Perkara ini telahpun diputuskan melalui mesyuarat MAFI dan ianya akan disalurkan secepat mungkin bagi meringankan beban petani yang terkesan banjir,” katanya dalam sesi lawatan ke Kampung Chengah, Jelebu, kelmarin.

Menurutnya MAFI melalui agensinya akan membuat kadar anggaran kos kerugian akibat bencana alam, dan dalam masa terdekat bantuan pertanian bakal diberikan secepat mungkin.

Dalam lawatan tersebut turut diadakan Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan MAFI Prihatin yang telah diterima dari jabatan dan agensi MAFI Negeri Sembilan yang terlibat. Sumbangan yang berupa makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak dan sebagainya telah disampaikan oleh YB Dr. kepada 20 buah keluarga yang terjejas di PPS tersebut.

Jelebu merupakan daerah yang paling teruk terjejas dalam Negeri Sembilan sejak kejadian banjir yang berlaku pada 18 Disember lalu sehingga ke hari ini.

Turut hadir bagi program tersebut adalah wakil Pengarah LPNM Negeri Sembilan / Melaka, Encik Mohammad Ismazainureen Bin Abu Hassan.

Sementara itu, seorang penternak lembu, Roziah Kamarudin 43, berkata, dia berterima kepada Dr Nik Zawawi, kerana turun padang, serta bertindak cepat bagi membantu mereka yang terlibat banjir.

“Selepas banjir tempoh hari, saya seakan hilang punca memikirkan nasib lembu-lembu kerana makanannya yang ada disimpan semuanya hilang dihanyut air.

“Saya kerugian hampir RM600,000 akibat banjir yang dihadapi ini, namun hidup perlu diteruskan, sedih memang sedih, jadi saya amat mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan.

“Saya berharap bantuan nanti mampu memulihkan semula semua usaha kami anak tani di sini,” katanya.

Tamat