Kementerian Hal Ehwal Agama, memperuntukkan sejumlah RM 6.6 juta bagi membantu bangsa banjir di semua negeri yang terlibat.
Menterinya Senator Idris Ahmad berkata, sebagai usaha membantu semua mangsa berkenaan kementerianya turun padang bersama Misi Bantuan Skuad Musaadah.
“Peruntukan ini diberi tanpa mengira kaum agama, dan status, walaupun ada yang bukan Islam namun semuanya terlibat dengan musibah ini.
“Apa yang berlaku ini adalah kerana ketetapan Allah Taala, dan kesusahan yang dihadapi ini sebagai ujian kepada semua, kepada yang menjadi mangsa, kepada yang membantu serta semuanya.
“Boleh jadi ini masa untuk mereka berlaku bencana seperti sebegini, masa untuk kita, masih lagi belum diketahui. Jadi doakan masa untuk kita sekiranya ditimpa musibah akan Allah kirimkan bagi membantu kita pula,” katanya ketika menyampaikan sumbangan buat mangsa banjir di Jelebu, tadi.
Menurutnya selaku umat Islam, seharusnya semua perlu redha dengan ketentuan qada dan qadar yang telah direncanakan oleh Allah Taala.
Idris Ahmad berkata, ujian ini adalah sebagai satu pemberian Ilahi bagi mengangkat darjat mereka yang terkesan banjir.
“Ini merupakan satu kaedah Allah memberikan pahala buat mereka yang membantu mangsa banjir , sebilangan rakyat Malaysia turun membantu.
“Sebab itu sebaik-baiknya yang saling salah menyalahkan orang lain, ini kerana semuanya prihatin, membantu cumanya keterbatasan masa disebabkan perkara bencana ini berlaku serentak di banyak lokasi.
“Jadi adalah tidak wajar untuk menyalahkan pihak Bomba, pihak Polis dan sebagainya, sedihnya rumah mereka turut ditimpa musibah, namun mereka tinggalkan rumah demi tanggungjawab negara,” katanya.
Tamat