Itu keluhan hati pelajar di Pondok Tok Kob, apabila melihat kitab pengajian mereka hilang dibawa arus banjir.

Tiada apa yang lebih menyedihkan apabila melihat naskah-naskah kitab pengajian ilmu menjadi rosak apabila diselaputi lumpur setelah terendam lama lebih seminggu dalam banjir tadi.

ADUN Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak berkata, tahun ini mereka diuji Allah sebanyak dua kali dalam setahun, banjir yang datang menenggelamkan semuanya.

“Kita mendapat tanda amaran awal, apabila kawasan daerah sekitar mulai dinaiki air, jadi tumpuan utama hanya menyelamatkan anak-anak pelajar seramai 20 orang.

“Paras air begitu cepat, tak sampai tujuh jam sudah setinggi perabung atap di pondok-pondok ini lebih kurang lapan kaki tingginya.

“Boleh dikatakan segala peralatan pengajian, pakaian kitab semuanya kini musnah, dibawa air yang deras, dan paling sedih pelajar memerlukan kitab berkenaan untuk menyambung pelajaran,” katanya ketika ditemui di Pondok Tok Kob, Seberang Chenor tadi.

Menurutnya beliau amat berterima kasih kepada NGO dan sukarelawan yang membantu membersihkan kawasan yang terjejas banjir sekitar ini.

“Terima kasih kepada Ustaz Mokhtar Senik, selaku Pengerusi Pertubuhan Muafakat Pondok SeMalaysia dan lain-lain pihak yang membantu Pondok-Pondok yang terlibat dengan banjir.

“Pada masa sama, saya mohon supaya kita ahli masyarakat dapat membantu dalam usaha mengembalikan fasiliti serta bahan pelajaran seperti kitab-kitab pelajar yang sudahpun rosak.

“Mereka anak-anak ini perlu perlu bina semula, keyakinan selepas trauma banjir besar sebanyak dua kali setahun, oleh itu mereka semua perlukan sokongan masyarakat dalam bentuk tenaga, moral serta wang ringgit.

Tamat