Badan bukan kerajaan, NGO, Penjana Amal Malaysia mengambil langkah proaktif bagi menyantuni mangsa-mangsa banjir baru-baru ini.

Pengerusi Penjana Amal Malaysia, Ustaz Fauzdi Jalil, berkata pihaknya mengambil inisiatif bagi memberi bantuan kebajikan kepada mangsa serta sekolah pondok terkesan.

“Alhamdulillah, kita dengan kerjasama rakan-rakan dapat memberi bantuan kepada beberapa sekolah pondok terlibat banjir.

“Antara pondok yang dapat berikan bantuan ialah Pondok Pak Kob, Pondok Tahfiz Haji Ahmad, serta beberapa pondok lain.

“Selain itu, sumbangan wang tunai dan peralatan perumahan seperti peti ais serta mesin basuh diberikan kepada keluarga yang terlibat dalam kemusnahan secara total,” katanya.

Tamat