Tiada siapa menyangka, walau hasil pancingan tidak seberapa, tapi rezeki sudah ditulis menjadi miliknya, itu nasib pemancing, berjaya membawa pulang Ford Mustang GT pada sesi cabutan bertuah.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, Allah tentukan, siapakan tahu baru berusia 24 tahun, datang dari Muar, Johor dan rezeki menang kereta mewah di Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah.
“Tahniah adik yang baru berumur 24 tahun, orang Johor, dapat cabutan bertuah kereta Ford Mustang di pertandingan memancing yang bertempat Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah,” tulis Kedah Kini.
Difahamkan harga kereta tersebut sekitar RM450,000 sehingga RM570,000 bergantung kepada varian dan kuasa kudanya.
Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pemuda terbabit dan menganggap hadiah tersebut adalah rezeki pembuka tahun baharu.
“Ini betul-betul rezeki tahun baharu, tahniah bro, jaga elok-elok kereta itu. Kalau ex (bekas kekasih) tengok ni mesti menyesal habis,” tulis Kaki Pancing Sabah.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Rashid Mawi.
“Para isteri jangan dilarang jika suami keluar memancing, kadang-kadang rezeki bukan sahaja setakat ikan malah boleh bawa balik kereta,”tulisnya pada ruangan komen.
Tamat