“Hanya syukur dan terima kasih dapat saya ungkapkan apabila motosikal ditenggelami air dibaiki secara percuma oleh Pemuda PAS,” itu kata Rahman Talib 27, dari Selangor.

Menurutnya dia tidak melepaskan peluang berkenaan kerana dirinya terpaksa amat memerlukan untuk kegunaan yang lain.

“Bagi saya, motosikal ini kunci kehidupan kerana kenderaan ini digunakan sebagai sumber bagi mencari rezeki harian. Apabila motosikal rosak ditenggelami air, memang saya hilang punca.

“Pada saya program ini satu peluang yang sangat baik untuk masyarakat terutamanya seperti saya yang hanya bekerja sebagai penghantar makanan.

“Alhamdulillah Allah bantu apabila Alternative Riding Club (ARC) membuat servis serta pembaikan kenderaan percuma. Sekurang-kurangnya wang yang boleh digunakan untuk benda yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Alternative Riding Club (ARC) Department of Arts, Culture and Sports(DACS), Dewan Pemuda PAS Malaysia. Muhammad Faizzuddin Mohd Zai, berkata, operasi bermula jam 8 pagi dengan membabitkan negeri Selangor, negeri Sembilan dan Pahang

Melalui inisiatif berkenaan lebih 400 buah motor dari tiga negeri berjaya dibaiki berikutan banjir yang berlaku baru-baru ini.

“Di Hulu Langat, Selangor ARC telah melakukan operasi bermula jam 8.00 pagi sehingga 7.00 malam dengan 3 checkpoint dan telah berjaya membaiki sebanyak 300 buah motosikal. Di Jelebu, negeri Sembilan ARC yang sukarelewannya datang dari zon Selatan khususnya Johor telah berjaya membaiki sebanyak 60 buah motosikal yang terjejas dengan banjir.

“Di Lanchang, Pahang ARC turut melancarkan operasi membaiki motosikal yang ditenggelami banjir dengan penyertaan sukarelawan ARC Pulau Pinang.

“Antara aktiviti yang terlibat ialah menghidupkan enjin motosikal, tukar minyak hitam enjin, dan tukar plug motosikal serta servis-servis yang lain. Selain itu, sukarelawan ARC juga turut terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan rumah-rumah mangsa banjir,” katanya dalam satu kenyataan.

Faizzuddin dalam masa yang sama turut mengharapkan agar lebih ramai turut terlibat dalam membantu mangsa banjir dengan menjalankan aktiviti bermanfaat kepada masyarakat dan negara.

“ARC bersedia menerima lebih ramai anak muda untuk menyertai kami. Kita main motor dan kita memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara,” ujarnya lagi.-

Tamat