Ajal tidak mengenal masa dan ketika apabila seorang pemandu lori tiba-tiba diserang sakit jantung semasa sedang memandu berhampiran kilang DAIKIN Bukit Rahman Putra Sungai Buloh semalam pada lebih kurang 12.30 tengah hari.

Lebih memilukan pemandu berkenaan mungkin menahan sakit sehingga menyebabkan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh tiga buah kereta kepunyaan pekerja Leong Hup Angrocultre Sdn Bhd.

Pemandu berkenaan walaubagaimanapun dibawa ke Hospital Sungai Buloh dan telah meninggal dunia pada jam 2:10pm, video berkenaan dikongsi oleh pengguna Tik Tok Mubarak Khan.

Melalui perkongsiaan berkenaan mengundang berbagai komen daripada netizen apabila kelihatan dua wanita terus menuduh perlanggaran berkenaan berpubca daripada mabuk tanpa sebarang usul periksa.

Walaubagaimanapun tampil seorang individu menjelaskan perkara sebenar berlaku dan menuntut permohonan daripada dua wanita yang merakam serta menyebarkan video berkenaan.

Tamat