KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Keratong 5, Rompin, Pahang bermula Khamis ini hingga 19 Januari depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti penilaian risiko Kementerian Kesihatan serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

Beliau juga berkata, tiada pelanjutan atau penamatan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara pada Selasa. – Bernama