Malaysia merancang untuk melaksanakan penggunaan program Biofuel mengunakan minyak sawit B20 di seluruh negara menjelang akhir 2022, kata Lembaga Minyak Sawit Negara pada Rabu.

Mandat untuk mengeluarkan bahan api bio dengan komponen minyak sawit 20% – dikenali sebagai B20 – untuk sektor pengangkutan pertama kali dilancarkan pada Januari 2020 tetapi menghadapi kelewatan kerana sekatan pergerakan yang dikenakan untuk membendung wabak koronavirus.

“Kami akan melakukannya secara berperingkat-peringkat bergantung kepada keupayaan kewangan kerajaan,” kata Ravi Muthayah, Ketua Setiausaha Kementerian Komoditi itu dalam satu seminar. – Reuters