Mangsa banjir di Temerloh dan Chenor ketika ini sangat memerlukan bantuan dan sokongan dari segi kewangan dan motivasi bagi meneruskan kehidupan mereka.

Dalam situasi tersebut, satu majlis agihan sumbangan diadakan bagi menyantuni mangsa banjir di Temerloh dan Chenor dalam misi meringankan keperitan hidup yang dilalui mereka.

Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang dipengerusikan oleh beliau telah menjayakan program CSR bagi membantu mangsa-mangsa banjir tersebut.

Rata-rata mangsa banjir meluahkan rasa gembira atas penganjuran program sebegini yang banyak membantu mereka dalam mencukupkan kekurangan selepas banjir. Namun begitu, ada juga yang masih lagi meluahkan rasa takut dan bimbang kerana gelombang kedua banjir sedang berlaku disaat ini.

Apa-apa pun, kita berdoa dan berharap supaya banjir yang berlaku mempunyai hikmah kerana Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang hamba yang ditimpa musibah, lalu dia membaca doa (dibawah), melainkan ALLAH akan mengganjarkan pahala atas musibahnya itu serta menggantikan buat dirinya sesuatu yang lebih baik.” (Hadis Riwayat Muslim)

 ‎إنّاَ للهِ وإنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أجِرْنِي فِي مُصِيبَتي وأَخْلِفْ لِي خَيْراً مِنْها

Ya Allah, berilah ganjaran pahala kepada mereka terhadap musibah yang menimpa mereka ini, dan gantikanlah buat mereka suatu yang lebih baik daripadanya.

Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)