Netizen mulai muak dengan perlakuan raja bomoh Malaysia Ibrahim Mat Zin yang dilihat menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Ia berikutan satu klip video viral Ibrahim yang bergandingan dengan seorang wanita dipercayai Puteri Zaleha Serai Semambu membuat ritual tolak bala di Teluk Gelanggang Anson tadi.

Rata-rata netizen menyifatkan perlakuan sedemikian mempunyai unsur khurat serta mampu mengundang kemurkaan Allah Taala.

Netizen juga bimbang sekiranya perkara sebegini tidak dibendung bakal mendatangkan bala lebih besar kerana bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam negara ini.

Tidak cukup dengan itu, netizen mahukan pihak berkuasa agama mengambil tindakan secara cepat supaya perkara sebegini tidak lagi terjadi di tengah-tengah semua rakyat berduka akibat keadaan banjir yang melanda negara.

Tamat