Saintis di Perancis mengenal pasti satu lagi varian baharu Covid-19 yang didakwa mempunyai 46 mutasi.

Daily Mail melaporkan, varian baharu itu dikenali sebagai IHU atau B.1.640.2 dan sehingga kini sudah menjangkiti kira-kira 12 orang di tenggara Perancis.

Kes pertama varian itu melibatkan seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke Cameroon, Afrika Barat.

Namun, pakar mengumumkan IHU mungkin tidak akan menular seperti varian lain termasuk Omicron.

Menerusi analisis yang dilakukan, individu yang dijangkiti varian itu sudahpun menerima vaksinasi lengkap dan dia disahkan positif Covid-19 selepas pulang tiga hari dari Cameroon.

Sementara itu, pelbagai pihak giat meneliti sama ada varian baharu itu boleh berjangkit atau berbahaya seperti varian lain.