Program Dakwah 2.0 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah melabuh tirai dengan berjaya melaksanakan program tersebut sepanjang bulan Oktober hingga Disember 2021.

Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Bin Zakaria berkata, Di peringkat Negeri Kedah, Pihak YADIM Kedah telah berjaya melaksanakan program Dakwah 2.0 di seluruh Negeri Kedah dengan penganjuran sebanyak 106 program.

Beliau turut berterima kasih kepada individu-individu dan organisasi yang terlibat untuk menjayakan program Dakwah 2.0.

“Alhamdulillah, YADIM Kedah berjaya laksana 106 program sepanjang Bulan Dakwah 2.0. Terima kasih semua.” ujar beliau melalui hantaran di Facebook miliknya.

Antara program yang berjaya dilaksanakan ialah program Musa’adah Covid-19. Bantuan tersebut diagihkan kepada 10 golongan sasar di seluruh Negeri Kedah bagi kegunaan berkaitan pandemik Covid-19.

Agihan bantuan tersebut adalah dalam pelbagai bentuk seperti wang tunai, bank makanan, wakaf kesihatan, projek baik pulih dan bina rumah, dan sebagainya.