YB Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali baru-baru ini telah melakukan lawatan bagi meninjau tapak projek Jalan Perhubungan Desa di kawasan Kg. Kesom Alur Rekang di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

YB Ustaz Ridhuan Hashim, ADUN Buluh Gading bersama YM Raja Arizal Raja Arif, Ketua Eksekutif Pusat Khidmat Ahki Parlimen Kuala Nerus turut hadir bersama meninjau untuk mengenalpasti, menilai serta memastikan projek yang dijalankan dilaksanakan dengan baik.

Menurut pengerusi kampung setempat, En Raja Ngah Raja Yunus, projek jalan ini telah memberi kemudahan kepada penduduk kampung disebabkan jalan yang sedia ada sebelum ini sukar dilalui apabila hujan.

Alhamdulillah, sehingga kini setiap isu dan permasalahan diambil maklum oleh pihak Parlimen Kuala Nerus di peringkat Pusat Khidmat untuk tindakan penyelesaian agensi yang berkaitan.