Tidak dinafikan Majlis Syura dianggap begitu penting pada zaman Rasulullah bermula era kembangnya Islam sehingga perang.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dato’Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, syura, musyawarah dan perbincangan adalah kaedah penting dalam pengurusan sama ada dalam pentadbiran negara mahupun pengurusan organisasi.

“Dunia moden hari ini telah menstrukturkan pengurusan perbincangan dalam pelbagai bentuk.

” Dalam kerajaan adanya mesyuarat jamaah menteri dan mesyuarat kerajaan negeri.

“Di kalangan wakil rakyat ada pula persidangan ahli-ahli parlimen dan ahli-ahli dewan undangan negeri,” katanya.

Menurutnya sebelum membuat sebarang keputusan, ketua mahupun pemimpin seharusnya perlu membuat mesyuarat terlebih dahulu sesuai dengan konsep musyawarah mengikut Islam.

“Dalam proses membuat keputusan, seorang ketua yang memimpin satu kelompok masyarakat perlu melaksanakan konsep bermesyuarat dan berbincang menurut struktur pengurusan yang telah dipersetujui.

” Kegagalan dalam melaksanakannya akan menghasilkan keputusan yang kurang tepat atau silap.

“Dalam peperangan Badar, perbincangan antara Nabi saw dan para sahabat menghasilkan keputusan yang tepat dalam pemilihan tempat untuk berkhemah sebelum berlakunya peperangan yang akhirnya menatijahkan kemenangan bagi Islam,” katanya

Tamat