UMNO Kelantan tidak pernah ‘mengikat’ Pas negeri itu, sebaliknya ahli dan penyokong kedua-dua parti itu mahukan kepastian mengenai hubungan kerjasama antara mereka.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohd Noor, kepastian itu penting buat ahli UMNO di Kelantan untuk mengorak langkah dan perjalanan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Katanya, UMNO Kelantan mendukung institusi presiden dan berpegang kepada amanat Perhimpunan Agung UMNO(PAU) 2020 yang memutuskan tiada kerjasama dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU15.
“UMNO Kelantan mahukan kepastian dalam hal ini dan bukannya untuk mengikat atau memberikan kata putus kepada rakan dalam Muafakat Nasional (MN) iaitu Pas,” katanya kepada Astro AWANI, malam tadi.
Jelas Noor Hariri, sebarang penyatuan atau perpisahan mestilah dibuat secara berhemah.
“Tidak sepatutnya mana-mana pimpinan Pas negeri membuat telahan kepada parti sekutu selagi belum kita lumatkan secara bermusyawarah, mengikut cara Islam yang sebenar.
“Mungkin Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar (Nik Abdullah) berasa tertekan dengan situasi yang dihadapi di pihaknya yang tidak pernah dialami selama ini, dengan berada dalam dua gagasan berbeza pada waktu yang sama,” jelasnya.
Menurut Hariri lagi, UMNO sendiri tidak dapat mengikat ahli Parlimen mereka dalam membuat sesuatu perkara, apatah lagi untuk mengikat Pas dalam membuat keputusan yang besar.
UMNO juga tidak pernah mencampuri urusan dalaman Pas dalam membuat keputusan, malah menghormati keputusan parti itu sekiranya mahu kekal bersama Bersatu, katanya.
“Tanggal 22 Januari nanti, kedua-dua pihak mesti menyatakan pendirian masing-masing secara berdepan supaya tidak timbul ‘soksek soksek’ (cakap di belakang) daripada ahli kedua-dua parti,” ujarnya.
Terdahulu Mohd Amar dilaporkan berkata UMNO Kelantan tidak boleh mengikat Pas untuk membuat pilihan antara Bersatu atau UMNO.
Katanya, syarat membabitkan pilihan yang dikemukakan UMNO itu tidak betul pada pandangannya.
Kenyataan itu bertitik tolak daripada pendirian UMNO sebelum ini yang tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan Bersatu.
Di pihak UMNO, Pas dilihat mengutamakan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) sedangkan Pas masih lagi berada dalam MN yang dibentuk melalui piagam pada 2019.
Pada Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka lalu, UMNO bertanding bersendirian di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa penyertaan Pas sebagai rakan tahaluf siyasi mereka.
Bagi mendapatkan kepastian, UMNO Kelantan telah mengutus surat meminta pertemuan bersama pimpinan Pas Kelantan melalui surat yang dihantar kepada Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Pas bersetuju untuk mengadakan pertemuan itu pada 22 Januari depan.
Pandangan peribadi : PAS dan UMNO hanya terikat gagasan penyatuan ummah (umat Islam) dalam Muafakat Nasional yang longgar kerana tidak didaftarkan. Persetujuan asal adalah kerana menjaga kepentingan umat Islam yang diancam oleh pemerintah kerajaan PH yang didominasi oleh DAP yang kelihatan mengancam keselamatan umat Islam dan keharmonian serta perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan kaum. Sentimen perkauman dan sentimen serta provokasi agama yang melampau menyebabkan muafakat ini dibentuk oleh 2 parti besar yang mewakili umat Islam di Malaysia. Bersatu pula keluar dari PH kerana tidak tahan dan setuju dengan cara DAP yang dominan yang selalu membuat provokasi dan menimbulkan sentimen perkauman dan agama hingga menjejaskan keharmonian hidup masyarakat Malaysia. Bersatu adalah serpihan UMNO. Maka, sudah tentu UMNO tidak setuju untuk menerima Bersatu dalam satu gagasan yang memberikan keuntungan kepada Bersatu walhal bagi UMNO, UMNO mesti diberi keutamaan sebab UMNO adalah induk yang melahirkan Bersatu. Justeru, UMNO sesekali tidak akan dapat menerima Bersatu dalam satu gagasan penyatuan. Bagi PAS pula, cuba menjadi jambatan yang menghubungkan kedua-dua parti yang tidak sehaluan atas kapasiti demi penyatuan ummah dan kebaikan umat Islam secara menyeluruh. PAS tersepit kerana hendak menjaga kedua-dua parti yang bersaudara dalam Islam atas tujuan demi kebaikan umat Islam secara lebih menyeluruh. Dalam keluarga kita sendiri pun, memang susah untuk menjaga abang dan adik bergaduh. Masing-masing hendak dominan. Justeru, jika dalam menghadapi persediaan Pilihanraya Umum yang akan datang nanti, UMNO memang tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu, maka biarlah UMNO menguji kekuatan dan penerimaan masyarakat ke atas pendirian yang telah diambil. Begitu juga jika UMNO memutuskan tidak dapat bekerjasama dengan PAS kerana bersekutu dengan Bersatu, maka biarlah UMNO buat ketetapan tersebut. UMNO ada sebab tersendiri iaitu UMNO ingin menjadi kuasa terbesar dan dominan untuk memerintah Malaysia dalam gagasan / perikatan Barisan Nasional. UMNO ingin mengulangi sejarah gemilang berdasarkan prestasi UMNO yang semakin banyak menang dalam keputusan-keputusan Pilihanraya DUN sejak kebelakangan ini. Mungkin cara pembahagian kerusi-kerusi untuk Pilihanraya Umum Ke-15 akan datang diambil dengan berdasarkan kerusi-kerusi sedia ada dimenangi pada Pilihanraya Umum Ke-14 yang lalu. Bagi PAS dan Bersatu, itulah pilihan terbaik yang ada. Kekalkan kuota kerusi sedia ada. Tapi bagi UMNO, ia satu kehilangan yang besar. Jika hendak jadi kuasa dominan dan terbesar dalam pemerintahan kerajaan Malaysia dan negeri-negeri melalui Pilihanraya DUN, UMNO kena merampas kembali kerusi-kerusi yang diyakini mereka akan memberi sokongan undi kepada mereka. Justeru, UMNO akan sanggup untuk meletakkan calon di kawasan yang sudah dipersetujui oleh PAS dan Bersatu, menyebabkan pertembungan samada UMNO dengan Bersatu, dan atau UMNO dengan PAS. Ini terpaksa dilakukan demi memastikan UMNO kembali berkuasa menjadi teraju utama pemerintahan kerajaan samada di peringkat persekutuan atau peringkat negeri. Bagi PAS pula, ia tidak segalak UMNO. PAS lebih menjaga kepentingan dan maslahat umat Islam di Malaysia. Sebab itu, sanggup menjadi jambatan antara kedua parti UMNO dan Bersatu. Namun PAS juga tidak sanggup melepaskan kerusi-kerusi yang sudah menjadi kubu kuat dan sudah dimenangi mereka kepada UMNO yang kemaruk kuasa kerana PAS tahu sejarah UMNO yang tidak mampu untuk menjaga maslahat umat Islam. Bagi Bersatu pula, mereka perlu berganding bahu dengan PAS yang lebih mesra dan mempunyai pengikut yang ramai, dan bersetuju dalam perikatan atas kapasiti menjaga kepentingan dan maslahat umat Islam untuk kekal dalam kerajaan yang memerintah. Wallahualam bissawab.
LikeLike
18 JAWAPAN MAHATHIR TERHADAP FITNAH NAJIB.
https://islamfuture120701199.wordpress.com/category/18-jawapan-mahathir-terhadap-fitnah-najib/
LikeLike