Berani sangat raja bomoh ni, kalau dah salah mengaku, jangan sebab ego nak saman jabatan.

Biar yang arif menentukan, bagi juga berkenaan soal agama, semestinya Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) tahu hukum hakam agama, bukannya diserahkan kepada seorang bomoh.

Itu antara perkara yang berlaku apabila Raja Bomoh atau nama sebenar Ibrahim Mat Zin bertindak menyaman jabatan yang mendakwa beliau melakukan perbuatan syirik dan khurafat di Teluk Intan, Perak baru-baru ini.

Menurutnya dia mendakwa, apa yang dilakukannya di Teluk Intan itu merupakan usahanya bagi mengelakkan banjir di daerah tersebut dengan menggunakan cara tradisional iaitu petua orang zaman dahulu.

“Tujuan saya buat itu supaya banjir jangan naik besar di Teluk Intan. Saya buat supaya banjir jangan melanda Sungai Manik, Labu Kubong, Kampung Gajah, Parit dan Bagan Datuk. Berdoa dan mengunakan daun serta kayu dilepaskan ke sungai.

“Tujuan saya untuk selamatkan tapak perkuburan. Jangan hilang makam diraja. Orang tua saya dan keturunan saya banyak dikebumikan di Teluk intan. Bukan tujuan saya untuk berbangga atau publisiti.

“Saya telah berbincang dengan peguam dan akan saman RM300 juta jabatan yang kata saya syirik dan khurafat,” katanya dalam satu rakaman video yang disiarkan di laman Facebook Datok Ibrahim Md Zin semalam.

Semalam Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan membuka kertas siasatan terhadap Ibrahim yang dikenali sebagai Raja Bomoh berkaitan upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Tamat