Melihat kepada keadaan kini, hanya pihak mahkamah mampu mengadili sebarang pertuduhan yang berlaku.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pengadilan yang sebenar hanyalah daripada Allah SWT Taala.

“Seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya”. Itu kaedah pengadilan yang diperakui oleh Islam dan dunia penghakiman.

“Media bukan hakim untuk menentukan salah dan benar seseorang. Berapa ramai yang dizalimi maruahnya kerana di mediakan dengan cara yang salah atas alasan viral dan sebagainya.

“Islam telah menggariskan akhlak dalam mengesahkan pemberitaan agar tiada maruah manusia yang dizalimi,” katanya.

Dr Khairuddin berkata, kita tidak terus berdosa membawa beban tidak tertanggung di hari Akhirat di atas kesalahan yang tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan dengan kemaafan daripada orang yang dizalimi sendiri.

Sementara itu, Presiden PAS, Tan Sri, Abdul Hadi Awang berkata, peranan media dalam menyebarkan berita salah laku seseorang, sebelum ia dibawa kepada penentuan badan kehakiman.

“Pendekatan yang dilakukan itu berkonsepkan kebebasan media yang diamalkan oleh dunia Barat yang mendukung konsep demokrasi, bahawa suara rakyat adalah suara Tuhan.

“Islam memuliakan manusia dengan akal dan ilmunya, namun mewajibkan mereka berpandukan hidayah (petunjuk) Allah SWT kerana manusia itu banyak kelemahannya. Hanya segelintir daripada kalangan mereka sahaja yang berilmu, sedangkan majoritinya pula tidak berilmu.

“Islam mewajibkan maruah manusia itu dihormati termasuklah mereka yang sudah nyata melakukan kesalahan kerana adalah berdosa sekiranya seseorang yang bersalah itu tidak dihormati. Lebih-lebih lagi terhadap mereka yang tidak bersalah, maka lagi besar dosanya,” katanya.

Tamat