Sejumlah RM 828,670,791.16 hasil zakat fitrah dan harta berjaya dikutip Pejabat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) tahun lalu akan dimanfaatkan kepada asnaf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, jumlah berkenaan menunjukkan kepercayaan orang ramai kepada PPZ dalam pengurusan rukun Islam ke-empat itu.

” Oleh itu, saya turut menggesa PPZ-MAIWP memperkasakan bidang pendidikan terutama bagi penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu golongan memerlukan.

“Antaranya mungkin kita akan sediakan kemudahan Wi-Fi untuk memudahkan anak-anak belajar secara online dan sebagainya,” katanya.

“Ya memang diakui walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, PPZ-MAIWP optimis kutipan zakat dapat dicapai atas beberapa faktor antaranya ialah Dasar Pengembalian Semula Wang Zakat atau Skim Wakalah melalui MAIWP yang ditawarkan kepada pembayar zakat untuk merasai sendiri pengalaman mengagihkan zakat kepada asnaf,” katanya pada Majlis Pengumuman Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat 2021 di Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Mohd Nizam Yahya dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Abdul Hakim Amir Osman.

Sementara itu, data menunjukkan pembayar seramai 1,152,297 orang telahpun membayar zakat harta dengan jumlah sebanyak RM828,670,791.16.

Daripada jumlah itu RM816,483,466.58 adalah daripada kutipan zakat harta dan RM12, 187,324.58 daripada zakat fitrah membabitkan pembayar zakat seramai 264,463 dan 887,834 orang.

Analysis menunjukkan jumlah kutipan zakat harta meningkat sembilan peratus iaitu daripada RM750,704,218.09 pada tahun 2020 meningkat kepada RM816,483,466.58.

Katanya, jumlah pembayar juga meningkat daripada 237,119 orang pada tahun 2020 meningkat kepada 264,463 orang pada tahun 2021 iaitu peningkatan 12 peratus.

“Kutipan zakat fitrah turut meningkat 10 peratus daripada RM11,055,587.69 pada tahun 2020 kepada RM12,187,324.58 pada tahun 2021 pada tahun 2021 dengan jumlah pembayar 786,024 orang kepada 887,834 orang dalam tempoh yang sama iaitu kenaikan 13 peratus,”

Selain itu katanya ia terhasil dari usaha MAIWP dan PPZ-MAIWP yang proaktif dalam melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran menunaikan zakat seperti mempromosikan informasi kutipan dan agihan zakat di pelbagai platform juga antara faktor pencapaian kutipan zakat pada tahun 2021 .

“Turut menyumbang kepada peningkatan kutipan zakat adalah kepelbagaian saluran bayaran yang disediakan untuk memudahkan pembayar membuat bayaran seperti perkhidmatan Kaunter Zakat Digital, Portal PPZ-MAIWP, Aplikasi MyZakat, MyTemujanji, Door To Door Servis dan Ride 2 U,” katanya.

Tamat