Dasar pentingkan diri sendiri ! Itu yang boleh dikatakan kepada individu digelar ‘Abu Syafiq’ dan tidak layak dipanggil sebagai pengajar apabila tampil membuat pengakuan secara terbuka menjelaskan bahawa dirinya adalah individu yang membawa jemaah yang tidak divaksinasi itu ke tanah suci.

Perkara ini bukannya perkara remeh kerana ianya melibatkan kemaslahatan bersama, iaitu membendung wabak Covid-19 seiring dengan tuntutan agama.

Memandangkan kes ini masih di dalam siasatan, tiba-tiba seorang yang mengaku Ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq tampil membuat pengakuan secara terbuka menjelaskan secara maya di laman sosial Instagram miliknya.

“Saya mengaku saya tidak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi. Vaksin MM, sebab vaksin ni dah pupus. Ramai juga jemaah tak ambil vaksin ni.

“Seperti segala vaksin lain akan pupus dan tamat tempoh. Vaksin juga adalah duit dan mata pencarian buat mereka bergelar ‘pakar'”, katanya melalui laman Instagram miliknya.

Melalui kenyataan itu lelaki berkenaan adalah individu yang membawa jemaah yang tidak divaksinasi itu ke tanah suci menerusi Instagram miliknya. Bahkan, dia juga mengaku bahawa dirinya tidak divaksinasi.

Mungkin ini menyebabkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ada mengumumkan bahawa terdapat jemaah umrah dari Malaysia yang pulang ke tanah air disahkan positif Covid-19 varian Omicron dan apa yang mengejutkan lagi ada, ada antara mereka ini tidak divaksinasi.

Umumnya, jika ingin melakukan sebarang pengembaraan, individu tersebut haruslah mendapatkan vaksin dahulu, jadi KKM telah menetapkan bahawa kes ini sebagai ingat SOP. Dalam masa yang sama, Kementerian Dalam Negeri juga turut mengaku kekhilafan mereka.

Sebelum ini individu digelar Abu Syafiq ini pernah tular mengupas beberapa isu sensitif berkaitan agama di laman sosialnya yang boleh mengundang salah faham orang ramai.

Selain itu, Abu Syafiq sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen di laman Twitter apabila secara terang terangan mempromosikan sijil vaksin palsu.

Menerusi laman sosial terbabit, seorang pengguna memohon agar pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan ke atas Abu Syafiq gara-gara memuat naik status mempromosikan sijil palsu dan mengatakan ia lebih segar daripada air uji kaji.

Tamat