11 ekor harimau Malaya, yang dipercayai berkeliaran di Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan dan mengancam nyawa penduduk bakal ditangkap menggunakan kaedah perangkap disediakan Jabatan Perhilitan.

Menurut jabatan berkenaan lokasi sepatutnya harimau akan berada di kawasan hutan simpan di Semenanjung Malaysia terutama di kompleks Taman Negara-Banjaran Titiwangsa.

Oleh itu, Jabatan Perhilitan masih menjalankan operasi pemantauan dan kawalan di kawasan perkampungan Orang Asli Pos Bihai berikutan aduan dari penduduk berkenaan harimau belang yang berkeliaran di kawasan berkenaan sejak 10 Disember tahun lalu.

“Setakat ini Perhilitan sudah memasang tiga perangkap harimau belang (Perangkap Wahab) iaitu dua di
Kampung Tendrik dan satu di Kampung Hak, Pos Bihai.

“Pihak Jabatan Perhilitan juga sentiasa memantau dan memberi taklimat kepada penduduk kampung dari masa ke semasa berkenaan perjalanan operasi mengesan dan menangkap harimau belang serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika berada di luar kawasan rumah,” katanya.

Menurutnya, orang ramai adalah disarankan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar dan sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan.

kepada Jabatan Perhilitan Negeri Kelantan melalui talian 011- 59275985 atau talian hotline PERHILITAN 1-800-88-5151 atau eaduan di laman web http://www.wildlife.gov.my.

Tamat