Vaksin dan umrah adalah dua perkara berbeza tetapi mempunyai sudut pandang penting pada agama serta kemaslahatan ummah.

Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad berkata, usaha itu, kerajaan serta rakyat perlu bersatu padu demi mencapai satu tujuan sama, kemaslahatan ummah bagi membolehkan ibadah umrah dapat dilakukan.

“Perkara ini bukannya perkara remeh kerana ianya melibatkan kemaslahatan bersama, iaitu membendung wabak Covid-19 seiring dengan tuntutan agama.

“Perkara ini bukannya gurauan, tetapi perlu diketengahkan supaya masyarakat faham keperluan vaksinasi dalam usaha menyekat penularan wabak.

“Islam turut memberi penekanan dalam isu berkaitan wabak, seperti mana pernah berlaku pada zaman sahabat dan Rasulullah,”.

Walau waktu berkenaan masih belum diciptakan vaksin, tetapi penduduk yang tinggal di kawasan itu dilarang keluar, dan pengembara juga dilarang daripada memasuki bandar berkenaan.

Sebolehnya ambil ibrah daripada apa yang diamalkan oleh Rasulullah SWT.

Tamat