Pertubuhan Muafakat Pondok SeMalaysia (PMPS) atau nama asalnya Majlis Muafakat Pondok Malaysia merupakan Lajnah yang diwujudkan dibawah Dewan Ulamak PAS yang bermula pada tahun 2018.

Ustaz Mokhtar Senik berkata, PMPS ditubuhkan adalah untuk menghimpun ulamak-ulamak pondok yang mendokong pejuangan PAS dari pelusuk negara.

Menurutnya, sebelum ini orang ramai tidak mengetahui bahawa sebahagian besar tokoh yang menubuhkan PAS negeri dan kawasan adalah daripada tuan-tuan guru pondok.

Beliau juga turut bersyukur kerana sebagai bekas pemimpin lajnah tersebut beliau berpeluang mendampingi para ulamak-ulamak, tuan-tuan guru yang penuh barokah dan ahli-ahli rohani yang tersembunyi segala kemuliaan mereka.

“Alhamdulillah sepanjang memimpin PMPS saya dapat dampingi mereka. Dapat sama-sama mengetengahkan pondok dengan aktiviti yang disusun.

“Kelas Pondok Online dengan tema “Pondok datang kepada anda” telah benar-benar membuka mata masyarakat terhadap peranan pondok dalam negara ini.” katanya dalam satu hantaran Facebook miliknya.

Pelbagai kejayaan PMPS berjaya dilaksanakan dibawah pimpinan beliau antaranya program Pondok Online dapat menyaksikan penyertaan hampir 2000 peserta yang menyertai kelas-kelas yang dikendalikan oleh guru-guru pondok dikalangan pimpinan PMPS.

Selain itu, pelbagai lawatan, kunjungan dan program himpunan ulamak-ulamak pondok berjaya diadakan disetiap negeri dan yang terbaru Himpunan Ulamak Pondok di Terengganu dengan dihadiri ratusan tuan-tuan guru pondok.

Baru-baru ini Ustaz Mokhtar Senik telah dipilih untuk mengetuai Lajnah As-Sabiqun.

“Saya sangat berterima kasih kepada mereka yang telah meletakkan saya pada posisi ini yang mendekatkan saya dengan wali-wali Allah yang disembunyikan Allah dibawah kubah2 kemulianNya.

“Insyallah saya akan pikul amanah ini bersama rakan-rakan berserta dokongan para Ulamak As-Sabiqun memperkukuhkan PAS dan perjuangannya.” ujar beliau.

Advertisement