Tiada siapa sangka, walaupun hanya bermula dengan kaedah wakaf, 14 wakaf air berjaya dilaksanakan dengan kos sebanyak RM529,739.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semua kos tersebut dibiayai oleh dana Wakaf Air yang mampu memberi kemudahan keperluan rakyat.

“Semua kos tersebut dibiayai oleh dana Wakaf Air. Sumbangan daripada para pewakaf yang ikhlas mengharapkan redha serta ganjaran daripada Allah, insya-Allah,.

“Sebolehnya, pada tahun ini, KASA menyasarkan permohonan dan pelaksanaan Wakaf Air akan dipercepatkan.

“Sekiranya ia proses berkenaan, cepat maka lebih ramai rakyat yang masih tidak mendapat akses kepada bekalan air awam (off grid) termasuk di Sabah dan Sarawak akan mendapat manfaat.

“Jumlah dana yang disasar untuk digunakan adalah sebanyak RM2 juta, insya-Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Tabung ‘Wakaf Air’ yang dilancarkan pada 17 Disember 2020 merupakan inisiatif Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui kerjasama YWM bertujuan menyediakan sumber pembiayaan alternatif projek-projek perkhidmatan air secara mudah, cepat dan mampan melalui instrumen wakaf.

Tamat