KUALA NERUS – Seramai 60 ahli Persatuan Teksi Lapangan Terbang Sultan Mahmud menerima bantuan barangan keperluan pada pagi tadi.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, usaha ini diteruskan untuk membantu pengusaha teksi yang terjejas punca pencarian akibat pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah, bantuan barangan bulanan sebelum ini banyak membantu kami, para pengusaha teksi lapangan terbang dan kami berharap usaha ini dapat diteruskan untuk akan datang” ujar wakil dari pengusaha teksi disini.

Sumbangan disampaikan menerusi pegawai YB Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, En. Azmi Mokhtar, Timbalan Ketua Jabatan Kebajikan dan Kemasyarakatan Parlimen Kuala Nerus. Semoga bantuan yang diberi dapat menolong sedikit sebanyak keperluan ahli persatuan tersebut.