Gempar hari ini apabila individu bernama Abu Syafiq membuat tuduhan melulu tanpa bukti kukuh kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengatakan dirinya tidak divaksin.

Dengan bersahaja Tuan Ibrahim, menjawab tuduhan berkenaan melalui posting di laman sosial Facebook rasmi milik beliau.

Ini jelas, tuduhan berkenaan sengaja dibuat bagi menjatuhkan imej Tuan Ibrahim dimana kini menunjukkan prestasi kerja yang amat cemerlang.

Kenyataan rasmi beliau sekali gus menjawab semua tohmahan pihak bertanggungjawab yang sengaja dicipta kini

“Terdapat kekeliruan beberapa pihak menuduh saya tidak divaksin sebelum menunaikan umrah. Berikut adalah maklumat vaksinasi saya;

“Dos Pertama
24 Mac 2021
Klinik Kesihatan Presint 18 Putrajaya
Pfizer,

“Dos Kedua
14 April 2021
Klinik Kesihatan Presint 18 Putrajaya
Pfizer,

“Dos Penggalak
2 November 2021
Pejabat Kesihatan Titiwangsa
Pfizer,”

Kenyataan ini jelas menunjukkan bukti sedia ada yang turut dapat diakses melalui sistem MySejahtera.

Tamat