Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ditarik semula pelantikan daripada jawatan itu.

Perkara itu disahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam.

Menurutnya, pengguguran bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu diputuskan pada mesyuarat PAS yang diadakan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur, kelmarin.

UstazDato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali atau lebih dikenali sebagai At Takiri merupakan salah seorang Menteri dilantik sebelm ini.

Masyarakat mengenali beliau sebagai berjaya membawa Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi kesatu tahap pencapaian dan pembaruan yang membanggakan.

Semasa bertugas sebagai menteri berkenaan,antara kejayaan beliau ialah berjaya membuka pasaran dagangan baru untuk Sawit kenegara Timur Tengah, Asia Tengah, Afrika dan menambah pesanan kenegara India, Pakistan dan lainnya.

Selain itu, beliau berjaya menghimpun dan menyusun semula program Ladang Hutan ke-arah lebih produktif dan menguntungkan. Skim Pinjaman Ladang juga telah ditukar kepada skim patuh Syariah bagi mengelakkan berlakunya sistem riba.

Beliau juga akur dan faham kepada masalah penoreh getah di Malaysia terutama penduduk di sebelah Utara dan Pantai Timur. Secara tidak langsung ia banyak membantu Bumiputera Islam yg merupakan penduduk majoriti dikawasan tersebut.

Pelbagai usaha dilaksanakan dalam masa singkat semasa beliau memegang tampok Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Walaupun belum menyerlahkan hasil tetapi ia membuka ruang dan peluang. Pekebun getah didedahkan kepada peluang memiliki mesin getah crepe secara berkelompok. Ini bakal menambah pendapatan individu dan kelompok.

Disarankan pekebun kecil menubuhkan Koperasi melibatkan 500 ekar kebun getah Sawit. Getah akan diproses guna mesin getah crepe yg menambah nilai hasilan.

Getah dibeli dan dipasarkan dengan harga lebih tinggi dalam pasaran. Ini memberikan satu kitaran ekonomi yang menguntungkan warga penoreh.

Penanaman dan penghasilan Kenaf juga berkembang. Semakin ramai melibatkan dgn industri dan petani bakal menambah pendapatan dengan ‘complete circle’ yang dijalankan.

Tidak hanya itu, kenaf kewujudkan dan menggerakkan industri hiliran yang memberi impak besar kepada penghasilan teknologi Kenaf saperti pembinaan, Pulpa dan fiber.

Ramai teknokrat Bumiputera Islam dapat melibatkan diri didalam pentadbiran sebagai Eksekutif juga ahli Lembaga Pengarah jua staf sokongan lainnya.

Tidak melupakan juga soal kebajikan, beliau menggerakkan banyak sumbangan dalam masa COVID 19. Hospital, badan-badan NGO, masyarakat yang terkait dengan komoditi dibantu tanpa mengira agama dan warna kulit.

Bantuan didatangkan dalam pelbagai bentuk seperti kewangan, makanan, sehinggalah keperalatan kritikal hospital seperti ventilator pernafasan.

Sepanjang perkhidmatan beliau dalam kementerian, rata-rata memberikan respond positif, dari sudut pembagunan ekonomi, aspek sosial, serta aspek kebajikan ini kerana bergerak seiring dengan tata cara kerja Islam. Sehinggakan ada yang mengatakan Ust Dato’ Dr Mohd Khairuddin adalah Menteri terbaik dari PAS memberikan perkhidmatan terus kepada rakyat.

Tamat